SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA
CARTOON

cara-cara jinakkan arnab


CARA-CARA JINAKKAN ARNAB


Arnab merupakan sejenis haiwan yang aktif dan agak agresif jika tidak kena pada tempatnya. Sementelah kini semakin ramai individu yang memelihara arnab, pastinya ada antara mereka yang berdepan dengan masalah arnab yang agresif mahupun sukar untuk dibelai. Hal ini bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya ialah faktor baka (kalau netherland dwarf memang aktif sebab salasilahnya daripada arnab liar), hormon (arnab bunting memang agak agresif), persekitaran (rasa terancam dan tidak selamat) dan pelbagai lagi.antara contoh arnab yang jinak, boleh dibelai tanpa melarikan diri dan tidak bertindak agresif dengan menggigit dan mencakar tangan


Walaupun sedemikian, jangan risau arnab kesayangan kita masih boleh dijinakkan. Berikut merupakan antara langkah mudah untuk menjinakkan arnab anda :

1)  Kerap luangkan masa bersama arnab anda. Lepaskan arnab anda bebas beriadah dan bermain serta belailah arnab tersebut. Jika kita sentiasa meluangkan masa bersama arnab-arnab tersebut, pastinya arnab tersebut akan menjadi terbiasa dengan kehadiran kita dan tidak berasa terancam jika kita memegang mereka.

2)  Pegang arnab dengan cara yang betul. Sentiasa mengangkat arnab anda dengan cara yang betul iaitu memeluk badannya seperti kucing atau pun genggam kulit belakang badan arnab dan tampung punggung arnab dengan tangan lagi sebelah. Ingat, jangan sesekali angkat arnab anda dengan menggenggam telinganya kerana telinga arnab merupakan bahagian arnab yang sensitif, bukan sahaja mengandungi ribuan malahan jutaan urat saraf. Jika arnab berasa selesa dipegang kita, maka arnab tersebut akan merelakan dirinya diangkat oleh kita kelak.

3)  Hadiahkan treats berupa ganjaran kepada arnab. Sekali-sekala ketika menjenguk arnab disangkar, hadiahkanlah mereka sepotong buah-buahan segar mahupun kering. Sambil mengusap bulu arnab, berikan mereka treats tersebut. Maka, arnab akan berasa seronok dengan perlakuan tersebut kerana mendapat ganjaran dan kelak akan ternanti-nanti kedatangan kita untuk membelainya lagi.

4)  Letakkan sangkar arnab di tempat yang tenang dan bebas gangguan cuaca, pemangsa dan bunyi. Jika arnab berasa tidak selamat akan keadaan persekitarannya, maka arnab akan sentiasa berjaga-jaga dan akan menyerang sesiapa yang cuba menghampirinya (tak kisahlah orang mahupun arnab lain) untuk mempertahankan diri. Oleh itu, letakkan arnab anda ditempat tiada gangguan. Jika ada, mungkin arnab anda bukan sahaja bersifat defensif malahan turut boleh mengakibatkan kematian arnab yang stres dan terkejut itu.


Itu sahaja antara langkah yang dapat sayasukaarnab senaraikan. Hanya 4 langkah mudah, arnab jinak anda gembira. Selamat mencuba =).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan